Friday, January 29, 2010

BANJAR??? BANJAR TU APE EKH????

aku sendiri pun tak tahu banjar tuh pe...aku tak pernah dengar pun pasal banjar nih..sampailah my sayang (mohamed solehin kamarudin) bagitahu aku yang mak dia orang banjar..ahha~~
ape seyh banjar?kalau orang jawa ke,bugis ke,pernah lah aku dengar..tapi takper,aku nak ambil tahu jugak pasal benda baru nih..dalam facebook aku ada tanya apis (kawan baik bf) ,edy (kawan baik bf)..tapi,dorang nih macam main2 kan aku plak...pastuh kena nganjing plak ngan iwan....ok2..takper..aku sendiri akan cari maklumat pasal banjar nih ok!

ASAL USUL ORANG BANJAR 
  • Mengikut Alfani Daud (1997; 2004: 85) suku bangsa Banjar ialah penduduk asli sebahagian wilayah provinsi Kalimantan Selatan, iaitu selain kabupaten Kota Baru. Mereka itu diduga berintikan penduduk asal Sumatera atau daerah sekitarnya lebih dari seribu tahun yang lalu. Setelah berlalu masa yang lama sekali, dan setelah bercampur dengan penduduk yang lebih asli, yang biasanya dinamakan secara umum sebagai suku Dayak, dan dengan imigran yang datang kemudian, akhirnya terbentuklah setidak-tidaknya lima subsuku, iaitu:


    Banjar Pahuluan

    Banjar Batang Banyu


    Banjar Kuala


    Banjar Alai


    Banjar Kaluak





    Orang Pahuluan pada asasnya ialah penduduk daerah lembah sungai-sungai (cabang sungai Negara) yang berhulu ke Pegunungan Meratus. Orang Batang Banyu mendiami lembah sungai Negara, sedangkan oang Banjar Kuala mendiami daerah sekitar Banjarmasin dan Martapura. Bahasa yang mereka kembangkan dinamakan bahasa Banjar, yang pada asasnya ialah bahasa Melayu– sama halnya seperti ketika mereka berada di daerah asalnya di Sumatera atau sekitarnya – yang di dalamnya terdapat banyak sekali kosa kata yang berasal dari kosa kata Dayak dan Jawa.


    Nama Banjar diperoleh kerana mereka dahulu, sebelum dihapuskan pada tahun 1860, adalah warga Kesultanan Banjarmasin atau dianggap sebagai Banjar, sesuai dengan nama ibukotanya pada masa mula-mula didirikan. Ketika ibukota dipindahkan arah ke pedalaman, terakhir di Martapura, nama Banjar tersebut nampaknya sudah diterima umum dan tidak berubah lagi

No comments:

Post a Comment