Friday, February 12, 2010

TERPAKSA !





ape perasaan korang kalau orang yang kamu sayang selama ini (boyfriend korang ler..) tetiba dijodohkan dengan pilihan orang tuanya walaupun pada hakikatnya dalam hatinya sudah berpaut pada yang lain..ape akan korang buat kalau dapat tahu hal macam nih?

MACAM nih kisahnya..watak2 dalam cerita nih aku just guna nama :

A - lelaki dalam cerita nih
B - perempuan yang amat dicintai oleh A
C - perempuan yang akan dijodohkan dengan A






Pada suatu hari..A mendapat panggilan telefon dari malaysia..panggilan tuh sebenarnya daripada familynya di johor..family A suruh dia pulang ke kampung dengan kadar yang segera..A merupakan penuntut di salah sebuah universiti di luar negara..dan sudah mempunyai kekasih hatinya yang setia menantinya di malaysia iaitu B..family A tidak tahu langsung yang A sudah mempunyai pilihan hatinya yang sendiri..kerana A dan B masing2 sedang belajar dan tidak mahu mengheboh2 kan hubungan mereka yang telah terjalin hampir 4 tahun..A dan B saling memahami kerana hanya pelajaran sahaja lah yang dapat menentukan nasib hidup dan kebahagiaan diaorang selepas ini..B sangat memahami A..dengan sikap itulah A amat mencintai B..

Family A tidak menyenangi kehadiran B dalam hidup A..kakak A menentang dan memarahi B kerana terus berhubung dengan A..B merajuk dan membawa diri beberapa bulan..selepas tuh,ternyata jodoh A dan B masih panjang dan A dapat memulihkan kembali hubungan nya dengan B..A bahagia disamping B walaupun jarang berjumpa dan hubungan jarak jauh ini merupakan cabaran yang besar buat mereka..adik lelaki A mengetahui hubungan A dengan B..adiknya tidak kesah dan sedia membantu..adik A ada menghantar sms kepada B dan menyatakan A akan pulang ke malaysia dalam keadaan yang segera kerana ada hal keluarga..B memahami..

setibanya A di malaysia..A dikejutkan dengan apa yang sudah dirancang oleh keluarganya..A tidak menyangka family nya tergamak buat sebarang keputusan tanpa memikirkan dirinya..A menjadi buntu dan berasa serba salah dengan B..A takut hendak memberitahu apa yang sebenarnya berlaku..B memahami A dan setiap saat menanti panggilan daripada A untuk mengetahui kenapa dia tergesa2 untuk pulang ke tanah air..sebenarnya..A akan ditunangkan dengan seorang guru pada cuti raya cina ini iaitu pada 14 februari ini..A menjerit sepuas2 hatinya! nak meraung rasanya..A segera menghubungi B dan menceritakan keadaan yang sebenarnya..

B terkejut dan tidak menyangka begini pengakhiran kasih sayang mereka selama ini..A beribu kali memohon maaf kepada B..ternyata B tenang menghadapinya..B tenang dan sabar tanpa cepat menggelabah dalam menghadapi dugaan ini..A ada memberitahu B bahawa keluarganya meletakkan semua kesalahan ini pada dirinya padahal dia tidak pernah berkata YA mahu berkahwin..C adalah pilihan keluarga A dan merupakan lepasan ijazah dalam bidang pendidikan..mungkin faktor umur yang semakin meningkat menyebabkan keluarga A dan C merancang untuk menyatukan mereka..

A dah puas menolak..TETAPI,keluarga C mengugut akan menyebarkan perkara ini di dada akhbar sekiranya A menolak anaknya dan tidak membayar ganti rugi kepadanya..B yang mendengar perkara ini berasa terkejut dengan ugutan yang dikatakan oleh family C..tapi,dalam keadaan terkejut..B ada mengatakan kepada A..kenapa nak mintak ganti rugi sedangkan segala duit hantaran ke duit ape ke tidak pernah diberi oleh keluarga A kepada C..keluarga C menyatakan sekiranya 12 februari A tidak dapat membayar ganti rugi yang bernilai RM30 000... makanya,A akan BERTUNANG dengan C dalam keadaan terpaksa..dengan keadaan A yang masih belajar...dia tidak dapat menyediakan sejumlah wang yang diminta oleh keluarga C..

bagi A..cintanya hanya satu..B sahaja lah wanita yang dicintainya..dan B..redha dengan dugaan yang diterima..andai ada jodoh..insya allah..tidak mustahil bagi A dan B untuk bersatu semula..B ada memberi pesanan kepada A supaya jangan lupa menjemputnya pada hari bahagianya pada bulan 3 nanti kerana bagi B..B bahagia sekiranya orang yang dia sayangi dan cintai hidup bahagia disamping keluarga tercinta walaupun pada hakikatnya A sebenarnya TERPAKSA!

NOTA TAMPAL : B...aku harap kau banyak2 bersabar dalam menghadapi dugaan ini ok..kau kuat untuk hadapi semua ini..jangan pernah berputus asa ok???jangan seksa diri kau tuh..insya allah..kau akan berjumpa dengan lelaki yang akan dapat membahagiakan kau nanti ok...untuk A pulak..aku harap kau bahagia disamping C walaupun kau tidak menyintainya..aku harap kau lepaskan B dengan cara baik kerana lepas nih tanggungjawab kau bukan lagi pada B tetapi pada C..bulan 3 ini ...C akan menjadi isterimu yang sah..biarkan B membawa dirinya dan kita sama2 doakan agar B bertemu dengan calon pilihan hatinya..wasalam

No comments:

Post a Comment