Friday, February 5, 2010

what is your ambition?







my ambition is to be an engineer..
my ambition is to be a pilot...
my ambition is to be a doctor...

ni lah cita2 aku sejak aku di bangku sekolah lagi..kalau nak tengok buku aku tuh..dari darjah 1 sampai lah form 5..bila cikgu tanya jer ape cita2 awak,haenna?aku akan tulis,JURUTERA | JURUTERBANG | DOKTOR...ada orang tanya jugak..kau nih tahu ke jurutera tu ape?kenapa kau minat nak jadi jurutera?kenapa kau minat nak jadi pilot?(tak takut pesawat terhempas ke?aish,mentaliti tu jangan letak dekat kepala lutut kau tuh..aku sukakan kebebasan...tak teringin ke nak jadi macam burung2 tuh?bebas terbang ke mana sahaja..lagi pun..tak ramai juruterbang wanita dekat negara kita nih..so..aku nak buktikan,aku mampu terbang seperti kaum2 ADAM tuh)

tapi..kenapa nak jadi DOKTOR?(tengok darah pun macam nak pengsan..berangan nak jadi doktor)...kalau kau minat jadi doktor..agak2 doktor bahagian mana yang kau minat?KALAU AKU JADI DOKTOR,aku nak sangat jadi DOKTOR PAKAR JANTUNG..aku rasa,bidang ni yang paling mencabar sekali..yelah..jantung merupakan aset UTAMA and paling PENTING dalam tubuh badan kita...jantung lah yang mengepam darah kita kan?so,ramai manusia kat dunia nih yang menghidap sakit jantung..KERANA APA?kerana faktor usia kita,pemakanan kita dan mungkin keturunan kot?HAHA...

tapi..kenapa kau nak jadi engineer pulak?kau tahu ke apa kerja seorang jurutera tu?ok2..aku didedahkan dengan dunia kejuruteraan nih dari aku kecil lagi..maksu aku yang kenalkan aku dengan semua ini..hingga tertanam minat nak jadi seperti dia suatu hari nanti...maksu aku seorang jurutera..pandai,lawa..pernah satu hari tuh..aku dibawa ke tempat kerjanya di PASIR GUDANG,JOHOR..tergamam aku melihat kapal yang besar di sana..pekerja2 yang membaiki kapal2 di sana umpama semut..kerdil2..HAHA..selepas puas round di  luar pejabat,aku dibawa masuk pula ke pejabatnya..layanan mesra oleh rakan2 nya membuatku tertarik untuk menjadi seorang jurutera..sekarang,dia berhijrah ke putrajaya dan meneruskan kerjaya nya sebagai seorang jurutera! KAMU IDOLA ku..aku ingin menjadi sepertinya suatu hari nanti..suaminya juga seorang jurutera..ada orang cakap,profession kejuruteraan ini hanya dipelopori oleh KAUM ADAM sahaja...lah ye ke?mana ada..sebenarnya..tidak ada bezanya..yang penting,kita betul2 minat dengan ape yang kita lakukan iti..macam sekarang,bidang masak memasak nih,kaum adam ada juga yang menceburinya...pilot?ada juga kaum hawa yang menceburinya..ini merupakan persaingan yang sihat dalam menentukan hidup kita masing2 ok?

NOTA TAMPAL : tidak kira kerjaya dalam bidang apa yang ingin kita ceburi..janji kamu mampu untuk melaksanakan tugas tersebut..seperti aku..aku mempunyai cita2 yang belum tercapai lagi untuk menjadi seorang JURUTERA ...doa dan restumu akan ku pohon selalu agar segala cita2 dan impian yang aku idam2 kan selama ini tercapai dan terlaksana..insya ALLAH..aminnn..

No comments:

Post a Comment