Wednesday, June 23, 2010

kenapa 'UPSR & PMR' hendak dimansuhkan ??

salam semua..


terkejut jugak aku bila baca paper pastuh tgk news lagi...kerajaan sedang pertimbangkan untuk memansuhkan 'UPSR & PMR'..setahu aku lah..kedua-dua exam nih sangat penting..macam UPSR lah kan...tak kan lah dari darjah 1 sampai lah darjah 6...lepas tuh dari form 1 sampai form 5..barulah nak ambil SPM??bila masanya plak budak2 nih semua nak dipilih untuk kemasukkan ke MRSM??? kenapa mesti nak ambil masa selama hampir 10 hingga ke 11 tahun untuk hadapkan dorang dengan exam yang sebenar??


UPSR nih kira penting jugak ..yelah nak tengok dari korang nih darjah 1 sampai darjah 6..korang nih betul2 pandai ke?boleh ke dapat sambung belajar dekat MRSM?? sekolah SAINS ke??kira nak tengok tahap pendidikan kamu lah...lepas tuh..PMR plak..ini nak menunjukkan ke mana hala tuju kamu selepas ini..kamu nak ke sekolah teknik ke..nak masuk sekolah sains ke masuk MRSM ke...PMR nih untuk menunjukkan kecenderungan kamu untuk ke bidang mana yang kamu ingini..cita-cita kamu...yelah..masa form4..sekiranya hendak jadi doktor ke..amek lah course sains tulen di sekolah..kalau bercita-cita nak jadi seorang jurutera..masuk lah sekolah teknik..kalau bakat kamu lebih kepada bidang kemahiran..masuklah sekolah vokasional untuk kursus kemahiran..


budak2 zaman sekarang sudah malas belajar..jadi tak kan tunggu 10 tahun belajar baru nak SPM kot? jadi selepas nih budak2 boleh enjoy sepuas-puas nya kerana bagi budak darjah 1 mengambil masa selama 10 tahun lagi untuk mempersiapkan diri mereka untuk menghadapi peperiksaan yang sebenar..fikirlah sebaik mungkin..


saya juga mempunyai seorang adik lelaki yang berusia 14 tahun sekarang..sekiranya PMR dimansuhkan..dia akan hanyut dengan dunia nya sekarang kerana baginya..SPM lama lagi..buat ape nak belajar betul2 sekarang..renung2 kan lah..

No comments:

Post a Comment