Monday, July 5, 2010

kampung sawah dato'



Pusat Komuniti usahakan IKS










Pelbagai jenis produk hasil kerja tangan kakitangan Pusat Komuniti Mersing dipasarkan di kedai yang terletak di sebelah pusat tersebut di Kampung Sawah Dato'.




MERSING 30 Jun - Bak kata pepatah, jika ringan tulang, semua kerja yang dibuat pasti akan menjadi.
Itulah yang dilakukan oleh warga Pusat Komuniti di Kampung Sawah Dato' sejak ditubuhkan tiga tahun lalu di bawah naungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Mersing dan Jawatankuasa Kampung Sawah Dato' di sini.
Penyelaras pusat tersebut,Samiah Khalidi 48, berkata, pusat tersebut mengusahakan kegiatan membuat bantal kekabu, makanan ringan dan juga jahitan pakaian setiap hari sebagai sumber pendapatan warganya.
Menurutnya, berbekalkan modal RM5,000 dan sebuah mesin jahit lama berusia 30 tahun untuk memulakan kegiatan, pusat tersebut kini boleh berbangga kerana operasinya mencapai kejayaan diharapkan.
Pegawai JKM Mersing, Muhammed Nadzri Murashid pula memberitahu, pusat komuniti berkenaan mempunyai 11 kakitangan yang terdiri daripada penduduk setempat.
"Ia ditubuhkan untuk menaik taraf kehidupan penduduk kampung terutamanya golongan wanita dan ibu tunggal," katanya.
Muhammed Nadzri, 33, berkata, jika diberikan peluang, dia ingin memperluaskan lagi pasaran pada masa hadapan sehinggalah ke luar negara.
Tambahan pula, katanya, lawatan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir baru-baru ini telah menyuntik semangat kakitangan pusat tersebut untuk berusaha dengan lebih giat lagi.
Beliau berkata, dalam lawatan tersebut Mukhriz bersama para pegawai dan kakitangan-kakitangan JKM telah melihat hasil kerja yang telah diusahakan oleh pusat itu.
Menurutnya, Mukhriz mengucapkan tahniah atas usaha yang gigih pusat tersebut untuk menaikkan martabat serta taraf hidup wanita seluruh Mersing.
"Ini adalah sebahagian langkah bijak untuk menangani masalah pengangguran di kalangan wanita dan ibu tunggal serta memperbaiki diri mereka dan membebaskan diri daripada dibelenggu kemiskinan," katanya.




yang baju merah itu,my hubby ok ! puan SAMIAH adalah ibunda nya 

No comments:

Post a Comment