Saturday, October 16, 2010

42 hari lagi

salam semua..hai sihat tak?dah makan?macam mana hidup?jangan tension2 ok..senyumlah..sesungguhnya senyuman itu penawar segala resah,duka,gelisah ,sedih dan segalanya..

lagi 42 hari sahaja lagi aku akan meninggalkan JOHOR BAHRU nih..ahh tak sanggup rasanya berjauhan bersama keluarga..lepas nih tanggungjawab dah berat..tanggungjawab yang perlu dilaksanakan demi masa depan yang lebih sempurna..

pesan emak,

"lepas nih angah dah tak boleh main-main lagi..dah tak boleh bangun lambat,dah tak boleh tengok tv sangat"

hmm,memang pun..tugas utama belajar..walaupun aku sorang je perempuan yang amik course nih kat poli nanti,aku tak kesah..walaupun aku je bunga,dan yang lain semua kumbang..aku tak kesah..ape yang aku kena buat,jadi yang terbaik daripada semua orang..

dah serik dah..lepas nih tak kan belajar main-main lagi..lepas nih ubah diri sendiri..jangan hidup dalam angan-angan sahaja..belajar daripada kesilapan lampau..belajar untuk tingkatkan diri..belajar untuk tetapkan pendirian dan tujuan sebenar masuk ke dalam bidang ini..aku tahu,tak ramai perempuan yang gemar dengan course ini.mungkin 50-50 lah yang minat.sape yang nak dan sape yang sanggup untuk kulitnya terkena minyak hitam segala..itu bagi pendapat aku lah..tak tahu lah pendapat korang macam mana kan?

apa-apa pun,doakan kejayaan aku ye..bagi pembaca,ingat ! tak semua yang kita nak kita dapat ,dan tak semua yang kita ada akan menjadi kepunyaan kita..so,gapaikan cita-cita mu demi masa depan mu kelak :)

ouhh patrick !

♥ 

lepas nih tinggal kat mersing bersama babah ok..
maaf tak dapat nak bawa kamu bersama :'(


salam sayang,
deqna (:




No comments:

Post a Comment