Sunday, October 24, 2010

Dulu,sebelum declare lain caranya,dah couple lain pulak caranya,dah kahwin bertambah lain caranya

Assalamualaikum..

Sekarang jam menunjukkan pukul 2.28am..Aku sebenarnya sudah mengantuk sangat-sangat.Tetapi disebabkan perselisihan faham antara aku dengan dia sebentar tadi,aku batalkan niatku untuk tidur,walhal aku memang sudah bersiap sedia nak beradu tadi.Entahlah,mungkin salah aku dan mungkin salah dia..Sebab apa,biar aku dan dia sahaja yang tahu masalah kami ini.Aku harap,esok pagi hubungan kami akan pulih seperti sedia kala.Harap-harap begitulah.

Ok,kalau korang perasan lah,masa dulu pasangan kamu nak try tackle kamu lah kan,macam-macam ragam kan.Ada yang bagi bunga lah,bagi coklat lah,lepas tuh ada yang bagi kad ucapan segala bagai lah dan macam-macam lagi.Aku nak cerita peringkat demi peringkat lah.Daripada sebelum berkenalan,lepas tuh berpasangan,lepas tuh nikah lah lepas tuh kahwin dan seterusnya..Mungkin entri aku pada kali ini agak panjang sedikit lah ye.

Ok,lets start ! 
(nama watak yang digunakan ialah ZARA & EDDY )

Sebelum kenal antara satu sama lain

sampai berkongsi minuman..aww..aww..sweetnya kan

(sebenarnya,perkenalan antara eddy & zara sudah diaturkan oleh kawan baik eddy,Alfy.Alfy beri nombor zara kepadanya)

trutt..trutt.trutt ( bunyi hp)

Zara : Ye Alfy,kenapa call I nih?
Alfy : Takda apa,saja I nak call you.You buat apa tu?
Zara : Ala,I takda buat apa pun,tengah melipat baju ni ( ok,kat sini dah tunjuk betapa rajinnya Zara )
Alfy : Wah,rajinnya you,untunglah siapa yang jadi suami you nanti kan?hehehe
Zara : Ala you ni Alfy.Macam lah you tak kenal I kan.You nih dari tadi sibuk tanya I,you tu tengah buat apa?
Alfy : I tengah duduk kat luar rumah nih.I lepak dengan kawan I.You nak kenal tak?
Zara : Ehh,buat apa I nak kenal,tu kan kawan you!
Alfy : Ala,kawan I kawan you jugak kan Zara.
Zara : Demi you,yelah-yelah.Tapi siapa yang you nak sangat kenalkan dengan I ni?
Alfy : Nama dia Eddy.I bagi hp ni dekat dia ok.You cakaplah dengan dia.You single.Eddy pun single.tak salah kan.
Zara : Alfy! You nih kan!

( Lepas tuh,hp pun dah bertukar tangan.Sekarang perbualan antara Eddy & Zara )

Eddy : Hai Zara,jangan marah Alfy.I yang nak kawan dengan you.
Zara : Ohh,hah kenapa nak kawan dengan I pulak nih? ( Zara dah start marah )
Eddy : Ala Zara,janganlah marah-marah.Rajinnya you lipat baju kan.
Zara : Dah nama pun perempuan,kenalah buat semua kerja-kerja macam nih!
Eddy : Amboi,garangnya Zara.
Zara : Tut..tut..tut...( matikan talian )

Ok,dalam perbualan ni,Zara marah dengan tindakan Alfy yang terus bagi hp nya kepada kawannya,Eddy.Ala,nih semua dah lapuk lah.Macam tu ke cara lelaki nak mengorat perempuan.Ohh,please lah.Dalam masa sebulan tu,Eddy try nak mendekati Zara.Zara nih acuh tak acuh je nak layan si Eddy tuh.Bukan apa,mungkin Zara nih dah banyak kali dikecewakan oleh lelaki.Sebab tu lah dia jual mahal dengan lelaki.Eddy ni tak putus asa nak mengorat Zara,tiap-tiap minit ke jam ke mesti hantar mesej dekat Zara.Zara ni pulak layan tak layan je.Entah macam mana tu,suatu hari hati Zara terbuka untuk melayan Eddy.Mungkin kesungguhan yang ditunjukkan oleh Eddy untuk mendekatinya barangkali.Zara cuba untuk membalas mesej-mesej yang dia terima daripada Eddy.

5 bulan selepas itu,Zara sudah menjadi kekasih kepada Eddy.Biasalah,awal-awal percintaan kan.Ada kalanya happy,ada kalanya bergaduh,bergurau.Lepas tuh adegan merajuk segala bagai.2 hari 1 malam nak memujuk..Masa tengah bercinta,semuanya indah.Candle light dinner lah.Dating dekat tepi pantai lah,makan bersuap lah,minum kongsi-kongsi lah.Hari-hari bagi bunga lah,coklat lah.Tiap-tiap minit asyik nak bermesej.Bergayut dekat telefon sampai 2-3 jam pun tak bosan.Hari-hari ucapan sayang mesti lahir dekat bibir.Bab puji memuji jangan sebut lah.Konon makan tak kenyang, mandi tak basah lah.Hari-hari tidur nampak muka awak.Sebelum tidur mesti nak call dulu,tak dengar suara awak,mesti tak boleh tidur lah.Lepas tu,kalau nak keluar dating,mesti nak pakai baju warna sama.Ada kalanya baju sepasang pulak tuh.

Lepas tuh,panggilan manja antara masing-masing pun dah bertukar.Dulu awak saya.You I lah.Sekarang,papa mama lah,ayang bucuk lah,baby sayang lah,abang ayang lah,bb dd lah dan segala bagai.Lepas tuh,kalau mesej tuh,punya lah panjang.Dah takda ayat-ayat pendek nih.

"hai sayang,dekat mana tuh,jangan lupa makan tau,lepas tuh nak lintas jalan tengok kanan tengok kiri,lepas tuh lintas,ayang sayang abang,mmmuuuaaaahhhhhh ! "

"hai papa,dah makan,dah mandi.Mama tak boleh makan kalau tak ada papa"

"bb,dd sayang bb sangat-sangat.Jaga diri tau bb"

Dah berkenalan dalam setahun ke 2 tahun,masing-masing ambil keputusan untuk berkahwin.Masa nak melamar pun ada bermacam-macam cara.

"sayang,sudikah sayang jadi permaisuri dalam hidup abang?"

"baby,sudikah baby menjadi isteri daddy,hidup bahagia disamping daddy,bahagia dengan kehadiran cahaya mata yang comel-comel macam kita nanti?"

Selepas berkahwin

bahagia nya dia :)


( masa nih baru lepas seminggu lah berkahwin )

Masa baru berkahwin nih semuanya indah,kentut yang busuk macam lori sampah pun wangi baunya.Konon I terima you seadanya lah..Masa nih,kalau isteri tak pandai buat kerja rumah ke,memasak,basuh baju ke,lipat baju ke,suami mesti cakap,"alah tak kesah lah yang,abang kan ada,abang boleh buat semuanya demi ayang".

Bila isteri tengah sibuk nak memasak,suami pun ada lah jugak .Kalau lauk tak sedap pun,suami akan cakap,"sedapnya sayang,pandai you masak ye sayang".Padahal dalam hati menipu je kerja nya..Bila isteri nak menjemur baju,suami pun sibuk jugak lah nak menolong isterinya..

Masa baru-baru kahwin,bila isteri dah masak,suami yang akan cuci pinggan,kemas dapur.Bila isteri jemur baju,suami akan angkat jemuran baju yang sudah kering.Kadang-kadang lipat baju bersama gitu ( ahh,jangan haraplah).Bila bangun dari tidur,suami tolong isteri kemas katil,bantal-bantal semua suami akan tolong susun kat katil tu ke apa.Masa sebelum berkahwin,bila hang out je,tangan tak lepas daripada genggaman.Bila makan comot sikit,mulalah adegan kesat-kesat mulut lah apa lah.

Sebelum kahwin,selalu ajak tengok wayang lah.Bila ada movie baru je,mesti pergi tengok.Jalan pun rapat-rapat.Tak berenggang langsung lah.Macam belangkas.Ayat semua manis je.Kira sehati sejiwa lah.I love you,you love me lah..

Lepas 8 bulan berkahwin,bila isteri masak tak sedap je,mula lah nak cakap,

"weyh,lauk apa yang kau masak nih?kau pikir sedap ke?".

bila isteri menjemur baju,suami akan lihat je sambil membaca surat khabar ke,menonton televisyen ke.Bila isteri suruh suami pergi pasar,suami akan melenting,

"kau tak tahu pergi sendiri ke?reti bawak kereta kan.pergilah sendiri.aku nak rehat pun tak senang! "

bila isteri ajak suami tidur,

abang,jom tidur sayang,dah lewat malam nih.Suami akan jawab lain pulak,

"Tak nampak ke abang tengah tengok bola nih,awak naiklah dulu,bila abang dah mengantuk,abang naik atas tidur lah" ( yang ni kalau rumah dua tingkat lah )

Bila dah ada anak satu,isteri akan beri sepenuh perhatian kepada cahaya matanya.Bila isteri ada kerja sikit,dan mintak tolong suami jagakan sekejap,suami akan cakap,

"ehh,tuh kan anak awak,awak jagalah.abang mana tahu nak tukar pampers anak nih.abang mana tahu nak buat susu anak nih,abang mana tahu nak mandikan anak nih,abang tak tahu"
(kalau tak tahu,belajarlah,buat anak bukan main pandai lagi,jaga anak seorang pun merungut sana sini.Amboi,nih anak saya je?bukan anak awak jugak ke.Manis sungguh mulut berbicara ye?)

Si isteri pula akan sabar melayan kerenah suami,makan minum suami.Isteri tak kesah terpaksa tidur lewat kerana menjaga,mendodoikan anak,menyusukan anak.Walaupun pada ketika itu,si suami sedang enak dibuai mimpi.Isteri tak kesah bangun awal kerana hendak menyiapkan sarapan buat suami.Isteri juga tak kesah hari-hari kena menggosok baju suami disebabkan suami tak boleh nak pakai baju yang tak bergosok.

Isteri tetap setia disamping suami walaupun diherdik,dimarah.Kasih sayang isteri terhadap suami tak kan pernah luntur.Isteri akan tersenyum walaupun suami mengutuk masakan isteri.Padahal dalam hati ,tuhan sahaja yang tahu.

Dah berkahwin lama  lain pulak caranya.Bangun tidur,suami terus mandi.Katil biarkan macam tuh je.Tak berkemas,isteri yang mengemas segalanya.Bila isteri masak,suami buat tak tahu je,tengok tv lah,baca paper lah,baca buku lah.Buat tak tahu je.Anak menangis pun tengok je,isteri kat dapur sanggup tinggalkan dapur kejap semata-mata nak layan anak yang tengah menangis tuh.Dah lama kahwin nih,pinggan semua dah tak reti nak cuci.Yang suami tahu,lepas makan tinggalkan sahaja dekat sink.Sebab suami tahu ada orang yang akan cuci.Bila tengok sink dah bersih ,suami lepas minum terus tinggalkan saje cawan dekat sink.Cawan sebiji pun dah tak reti nak cuci masa nih.Sebelum kahwin,keluarga suami punya lah memuji anaknya rajin.Mesti rajin tolong isteri.Ringan lah sedikit kerja isteri..Tapi,haram.

dah berkahwin nih pun,ayat dah lain macam je...kalau bab hantar mesej kat hp tuh pun dah lain..

Zara : abang,jangan lupa balik lunch ye..sayang dah masak special untuk abang hari ni
Eddy : K

( K je Eddy jawab..kalau boleh nak ringkas lagi )

kalau dah kahwin nih,hari-hari penting pun kadang kala para suami ni lupa..

Zara : abang,abang ingat tak hari ni hari apa?
Eddy : hari Isnin lah..kenapa?
Zara : alah abang nih,tak kan tak ingat kot?
Eddy : hari apa sayang?kan abang dah jawab nih
Zara : sampai hati abang.Hari ulangtahun perkahwinan kita yang ketiga pun abang lupa!
Eddy : err..Zara,abang mintak maaf.Abang betul-betul tak ingat!
Zara : apa yang abang ingat.Birthday Zara pun abang kadang-kadang lupa.Semua Zara nak ingatkan.
Eddy  : abang mintak maaf sayang.
Zara : itu jelah yang abang tahu,sebelum kahwin,semua abang ingat.birthday Zara,birthday mak ayah.Tarikh kita coupe pun abang ingat..Zara tak tahu nak cakap apa,Zara kecewa dengan abang.Birthday anak-anak kita pun abang lupa jugak ke?
Eddy : sayang,abang mintak maaf.Abang janji abang tak kan lupa lagi..Abang sayangkan Zara!

( dah kahwin semuanya lupa,ulangtahun perkahwinan lupa,birthday isteri sendiri pun lupa..sebelum kahwin,tarikh tayar kereta meletup pun boleh ingat )


Oleh itu,seeloknya masa sebelum berkahwin semuanya indah,apa salahnya dari mula berkenalan sehingga membina sebuah keluarga disamping anak-anak,kekal kan juga kasih sayang yang sama seperti baru sahaja berkenalan.Saling sayang menyayangi antara satu sama lain.Panggilan manja-manja seperti dulu berkekalan sehingga dah ada anak,ada cucu dan sebagainya.Senangkan hati isteri.Senangkan hati suami.Insya allah,ikatan perkahwinan akan berkekalan hingga akhir hayat.

bahagia disamping keluarga
babah,mama tak nak babah berjambang macam tuh ok :)

Nota tampal : aku juga berangan untuk memiliki sebuah keluarga sendiri yang bahagia..Bahagia disamping anak-anak,bahagia disamping suami tercinta yang menyayangi aku sepenuh jiwa dan raga.Gurauan manja,gelak ketawa bersama orang yang tersayang sudah cukup membuatkan aku bahagia.

Mama sayang babah  'panggilan manja kami :) '










No comments:

Post a Comment