Tuesday, October 19, 2010

tanda lelaki sayang


Apabila seseorang lelaki benar-benar jatuh cinta pada kekasihnya dengan ikhlas , perubahan sikapnya dapat dilihat dengan begitu jelas sekali. Hati lelaki yang dianggap keras sebelum ini , tiba-tiba berubah menjadi selembut kapas. Bhakan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja demi kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki, ia akan tetap mengalirkan air mata apabila hatinya telah dilukai. Namun,kaum hawa janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan oleh lelakimu itu...

Sekiranya kamu menyedari teman lelakimu bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu,ternyata kamu tidak salah memilih teman hidup.Situasi ini sudah menjelaskan perkara yang sebenar.Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka atau hendak mengambil kesempatan sahaja , tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Untungnya kamu....

Jangan kamu anggap teman lelaki kamu seorang yang kuat membebel pada setiap masa kerana dia membebel kerana bersebab dan bukan sengaja dia mahu membebel ke atas kamu. Dia membebel kerana ingin memberi kamu nasihat.Ingat,nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayang agar hubungan yang terjalin berkekalan dan berjalna lancar tanpa sebarang masalah. Jadi,terima lah segala nasihat dengan hati yang terbuka...Bertuahnya kamu..

Jika hati sudah sayang,bermacam-macam perkara akan kamu fikirkan tentang dirinya termasuklah kehilangan dirinya. Begitu juga sekiranya teman lelakimu menyatakan bahawa dia selalu memikirkan hubungan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia risau tentang hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkan daripada berakhir begitu sahaja. Kalau boleh,biarlah sampai ke jinjang pelamin. Baru berbaloi !!

Terasa lucu tapi begitulah hakikatnya apabila teman lelaki kamu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata ingin mendapat perhatian yang lebih daripada kamu. Si dia mahu kamu menyayangi dia lebih daripada orang yang kamu pernah sayang. Kalau dia merajuk hati,sesekali cubalah untuk memujuknya kembali. Jangan kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap 'macho' nya kepada seorang lelaki yang berperangai manja. Perubahan ini hanya untuk orang yang disayangi sahaja...Bahagianya kamu...

Sekiranya kamu menghadapi masalah, orang pertama yang menghulurkan bantuan adalah teman lelakimu. Itu tandanya dia tak nak melihat kamu susah dan berasa bertanggungjawab untuk membantu kamu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya....

Pada suatu ketika, kamu memberitahunya yang kamu akan pergi ke satu-satu tempat untuk jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia tidak boleh berjauhan dengan dirimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaan dirinya ........

Sekiranya teman lelakimu kerap kali bertanyakan soalan yang sama,"you masih sayangkan i?" , janganlah anggap itu merupakan satu soalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah kalimah tersebut selalu diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa kamu ingat bahawa dirimu sudah dimiliki olehnya...

Si dia sanggup menitiskan air matanya demi kekasihnya. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air matanya hanya kerana seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air matanya hanya untuk kamu ? Itu bermakna,cintanya begitu kuat buatmu...

Manusia tidak ada yang sempurna. Samalah dengan teman lelakimu , tak lari daripada membuat sebarang kesilapan, dan kadang-kadang buat kamu berasa kecil hati padanya. Tapi, kalau dia hebdak berubah, ini adalah satu perkara yang baik dan kamu patut menyokongnya dan berilah dia masa untuk berubah. Nak berubah nih bukan senang. Janganlah kamu cari pengganti dirinya sekiranya kamu berkecil hati dengan kesalahannya. Adakah kamu pasti bahawa pengganti kamu itu nanti dapat membahagiakan diri kamu?

Dan, pengorbanan yang paling besar sekaligus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk kamu..Buat kamu sahaja. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersamanya.

Setiap pasangan ada kelebihan dan kekurangan pada diri masing-masing. Kalau kamu rasa pasangan kamu banyak kekurangan dan selalu sakitkan hati kamu dan lalu kamu cari alasan untuk mencari pengganti,kamu pula macam mana?adakah kamu tidak pernah buat silap dan tidak pernah menyakitkan hati teman lelakimu itu?

Jangan biarka ego kamu menguasai perasaan kamu,kalau tidak,kamu pasti akan menyesal satu hari nanti !

Mungkin kamu rasa pasangan kamu tidak sempurna. Tetapi, kalaulah kamu dapat merasi keikhlasan hatinya , itu lebih baik keikhlasan seseorang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Tetapi, boleh dirasa dengan hati..Kita akan merasai perasaan cinta itu sendir apabila kita bersikap jujur,ikhlas dan saling menghormati pasangan kita itu sendiri..

Sekian....

No comments:

Post a Comment