aku bangun pagi hari nih untuk kemas rumah..ya allah,katil aku dah macam apa..bersepah dengan beg lappy,buku automotif ,patrick dan segalanya lah..tabiat utama aku sebelum tidur,mesti kena baca buku walaupun hanya satu muka surat je ok..memang tabiat yang tak boleh nak ubah lah..dalam pukul 10 pagi aku bersiap sebab si 'DIA' nak datang ambil aku keluar lunch dekat tempat biasa kami..adik aku plak yang bersekolah di 'MAKTAB SULTAN ABU BAKAR' nak tumpang sekaki...ayuh abang ipar hantarkan..hahha..
lepas hantar adik aku ke sekolah..aku ngan dia menuju ke tempat makan yang berhampiran dengan balai bomba larkin..menu utama yang akan aku order,chicken chop + kacang pool + air laici..nih je yang aku makan..sangat kenyang ok..harga chicken chop RM10 sahaja..kacang pool plak harganya RM4.00 sahaja..chicken chop nih memang sedap..sangat sedap..!
ni lah kedainya :)
yummy sedap sangat !
rotinya di sapu dengan mentega sebelum dibakar
sangat sedap ok!
ABC nih memang terbaik lah ! tapi tak sesuai lah makan chicken chop or kacang pool dengan ABC nih..nanti muak plak..hehe
banyak2 chicken chop nih paling sedap! RM10 sahaja..berasap chicken chop nih kalau sampai dekat kita..pergh ! mama chop papa grill tak leyh lawan ..IT ROO cafe pun tak leyh lawan...hehe :)
lepas selesai makan,kitaorang pun balik sebab dia nak balik mersing..minggu depan sebelum aku berangkat ke PORT DICKSON,insya allah..kami akan berjumpa sekejap dan cuba rasa makanan yang sedap-sedap dekat BANAFE VILLAGE plak ye..hehe..dengar kata chicken chop dekat sana TERBAIKKK jugakk..biasalah..laki bini suka makan nak buat macam mana..
nota tampal : maaf tiada gambar kami semasa menjamu selera sebab malu kitaorang gemuk..HAHAHA
No comments:
Post a Comment