Saturday, January 15, 2011

aku tak mahu benda yang sama berulang kembali

assalamualikum semua..

minggu ini saya mengalami tekanan perasaan dek kerana tindakan kawan-kawan sekelas membuli saya...mungkin kita tidak nampak perbuatan "buli" itu berlaku..tetapi,pada hakikatnya,mereka sedang membuli saya secara dalaman dan luaran..

entahlah..kenapa saya menjadi baik?kenapa saya terlalu baik?bukan apa,kalau kita baik dengan semua orang...orang sekeliling kita akan berasa senang dengan kita..

tidak semua orang dekat dalam dunia ini mahukan stress itu datang padanya..seorang ibu yang membesarkan anaknya di rumah pun turut mengalami stress yang sama..

tiba-tiba aku teringat aku dibuli dan dipulaukan ketika aku dibangku sekolah menengah..kalau tidak salah,masa itu aku baru masuk ke alam sekolah menengah..baru merasai menjadi remaja ...walaupun pada hakikatnya..sifat kebudak-budakan masih terpancar pada diriku ketika itu..entah lah...aku tidak tahu salah siapa..salah aku ke?atau salah mereka pada ketika itu..aku dipulau oleh rakan-rakan ku yang aku kenal sejak sekolah rendah lagi..makan sama-sama..bergurau bersama..argghh..

entah apa salahku..entah apa silapku pada ketika itu..mereka memulauku...nasib baik lah aku bersahabat baik dengan pelajar yang bukan islam..merekalah yang selalu berdamping denganku..aku ingat lagi,semenjak itulah aku mula berkawan rapat dengan orang bukan islam..bukan aku lebihkan mereka atau tidak..bagi aku,mereka lebih memahami aku pada ketika itu..sahabat baik ku.."REBECCA "..i miss you sayang =) dia lah sahabat baik ku sehingga kini..walaupun dia beragama kristian..aku tidak kesah asalkan kami memahami antara satu sama lain ..

berbalik pada cerita tadi..buli bukan hanya tertumpu pada zaman sekolah sahaja..dah besar panjang sampai masuk IPTA pun masaih terdapat gejala buli itu berlaku..so,aku harap aku akan lebih kuat untuk membanteras gejala buli yang berlaku terhadap diriku..bila aku ceritakan kepada sahabatku,mereka cakap itu buli namanya..mereka membuli kita tanpa kita sedar diri kita ini sedang dibuli.. =)

No comments:

Post a Comment