Friday, April 29, 2011

kalau itu yang terbaik buatmu..aku ikutkan sahaja..

dulu cik erna pernah bercerita tentang

A - lelaki yang amat dicintai oleh B
B - perempuan yang amat dicintai oleh A
C - orang ketiga dalam hubungan antara A & B


jalan cerita yang amat memukau pandangan cik erna..ini merupakan cerita benar...tak perlu cik erna berkongsi nama mereka dalam blog cik erna..semoga apa yang cik erna paparkan melalui cerita ini sedikit sebanyak dapat membuka minda orang diluar sana akan nasib yang menimpa terhadap orang-orang ini...cik erna bukan nak cari publisiti murahan kerana ini karya cik erna...sama ada nak terima atau tidak,terpulang kerana i'm being a blogger just for fun...

berbalik pada cerita tadi..

lepas apa yang berlaku,B pasrah akan suratan kehidupan yang beliau sendiri lalui...amat menyakitkan apabila orang yang kita cintai berkahwin dengan orang lain...B cuba untuk mencari ketenangan yang hakiki alam hidup ini...dugaan bertimpa-timpa datang ke atas dirinya...A entah ke mana..mungkin bahagia dengan pasangan hidupnya walaupun dia sendiri baru sahaja mengenali pasangan hidupnya itu...keluarga adalah kekuatan bagi B sekarang...kawan-kawan adalah pendorong bagi B untuk terus hidup di muka bumi ini...bukan sekejap bersama A..hampir 7 tahun bersama A...

tanpa diduga,setelah hampir 6 bulan A mendiamkan diri,tiba-tiba satu kiriman sms masuk ke rangkaian telefon bimbit B..pada mulanya B tidak menyangka yang A akan mencarinya lagi..B tidak melayan sms tersebut malah membalasnya " jangan cari saya lagi" , balas B.

B kena kuatkan semangat dan bagi B , A bukan lagi miliknya..A adalah hak milik kekal empunya C..C,walaupun B tidak mengenali kamu ,tapi B yakin yang kamu mampu untuk menjaga A .

tuhan maha besar..tuhan maha besar..entah bagaimana B terlintas untuk mencari A di laman FACEBOOK...ternyata selama 7 tahun A menipu B..rupa-rupanya selama ini B bercinta dengan suami orang rupanya...berkecai hati B...Hancur luluh hati B...jantan penipu ! itulah ayat pertama yang keluar dari mulut B setelah mengetahui hal sebenar...benarlah kata orang..cinta itu tidak sentiasanya manis..kadang-kala ada pahitnya..ada sakitnya bercinta ini..B tidak pandang pada A lagi...dia bahagia sekarang dengan hidupnya kini dalam mengejar cinta yang hakiki..insya allah..

No comments:

Post a Comment