Wednesday, May 4, 2011

biar dia yang terawal tapi jangan berharap dialah yang terakhir dalam hidup kita

assalamualaikum semua...

cik erna berada di putrajaya sekarang..nak kata menghabiskan cuti sem bukan..nak kata menghabiskan sisa-sisa hidup pun bukan ( mak ai ayat !!! )

cik erna sebenarnya tengah tunggu hostel untuk buat short sem nih..al maklum lah tak kan nak ulang alik putrajaya ke TELUK KEMANG kot?anak tokey balak pun boleh bankrup kalau hari2 dekat rm100 belanjanya..3 mei hari tuh cik erna dah pi PD..tapi balasan yang cik erna terima mengecewakan cik erna je..sakit hati semua ada...dah lah perjalanan dari pukul 9 am and sampai PD pukul 12.30pm..tuh dari putrajaya dengan menaiki pengangkutan awam..lepas datang sana prosesnya pukul 2pm plak..memandangkan semangat nak short sem berkobar-kobar,cik erna tetap sabar..lepas kul 2pm,cik erna serah borang and layanan yang diterima amat mengecewakan sangat..ingatkan tunggu lama dapatlah hostel..tapi apakan daya,dia cakap nanti pandai-pandailah tengok dekat website or call je office..kalau rasa nak tunggu,tunggu lah..kalau rasa nak balik,balik jelah..


macam tuh sekali..kalau cik erna ada lesen kereta cik erna dah drive lah...tak heran..nih naik train naik bas naik teksi...bukan dekat..sanggup dari jb datang putrajaya pastu pi PD..entahlah cik erna packing barang and gerak balik JB sabtu nih...malas nak cakap apa..insya allah...kalau ada rezeki cik erna adalah..cik erna dah penat ke sana sini..otak cik erna dah penat dengan semua nih..biarlah 2 bulan nih cik erna buat apa yang tak terbuat oleh cik erna sebelum nih...

**ini bukan nak meraih rasa simpati sesiapa,tapi ini adalah luahan cik erna***

malam tadi bagitahu cik e'ein,dia suruh pulang ke pangkuannya di JB..and duduk rumah buat kek..nak ambil lesen kereta dia tak bagi pula ( dah sediakan driver untuk cik erna ye?? alhamdulillah )

entahlah rasa down sangat...bukan nakk cepat melatah ataupun apa..tapi penat ya allah...9am sampai 7.30pm baru sampai rumah..dengan basah kuyup kena hujan lebat..dengan migrain nya lain...

cik erna ingat lagi pesanan ayah kawan cik erna,

"biarlah cik e'ein awak tuh yang terawal dalam hidup awak,TAPI jangan terlalu berharap dialah yang terakhir dalam hidup awak..memang awak cakap awak sayang dia..cintakan dia..TAPI,kita tak tahu hari mendatang..ajal maut semua di tangan tuhan..BUKAN kita meminta maut itu datang..TAPI,beringatlah sedangkan suami isteri boleh bercerai inikan pula pasangan bahagia ini..TAPI,pakcik berharap agar semuanya baik-baik sahaja..pakcik tengok awak ngan dia boleh pergi jauh..boleh mengecapi kebahagiaan yang awak inginkan..pakcik berdoa agar awak berdua mendapat keberkatan "

cik erna juga teringat kata-kata maksu & nenek malam tadi ,

"jangan berharap pada lelaki sangat..perempuan sekarang perlu ada pendidikan..sampai bila nak bergantung harap pada suami semata-mata?kalau dah kahwin lepas tuh bercerai susah..susah nak membesarkan anak sebagai ibu tunggal..bukan kita minta..TAPI kita tak tahu hari mendatang..at least biarlah perempuan sekarang berpendidikan...kalau suami kita meninggal kelak,susah hidup kaum hawa kalau tidak bekerja..kalau kaya tak ke mana...gunung yang tinggi sekalipun,kalau hari-hari ditarah akan habis jua..belajar betul-betul..memang lah berkahwin awal itu bagus..nanti dah lepas kahwin banyak tanggungjawab yang perlu dipikul..beringatlah"

cik erna faham and terima apa yang diperkatakan..biarlah kita mudah menerima segala teguran yang diberi..untuk diri kita sendiri..bukan untuk orang lain..

cik erna akan belajar betul-betul..dapatkan diploma..lepas tuh sambung degree + master + panjang umur sambung IR ..insya allah..aminn =')

No comments:

Post a Comment