Thursday, December 1, 2011

puisi buatmu syg.. NO DOUBT !! ♥♥




♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ 

“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau telah menjadi temanku.
Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
sayangku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.
Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi temanku tetapi menjadi bakal suamiku yang disayangi Allah Ta’ala.
sayangku, Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi temanku, Selamat menjadi babah pada anak-anakku kelak,
Selamat menjadi menantu ibu bapaku kelak, Selamat menjadi adik dan abang pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku 
Selamat menjadi separuh dari aku.”
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ 

No comments:

Post a Comment