Saturday, October 23, 2010

rasa macam nak peluk je tayar kereta

penyakit tidur
err..maaf,ni bukan aku ok!

Assalamualaikum semua..

hari nih celik je mata,rasa macam nak peluk tayar kereta je,yelah sejuk bukan main lagi!
dah berapa hari hujan kat Johor Bahru ni.rasa macam nak selubung balik dengan selimut tuh..
alangkah bestnya kalau aku dapat buat macam tuh kan..

ingat anak dara sekalian,bangun tidur sila lah kemas tempat tidur lepas tuh jenguk-jenguk lah kain baju yang berkurun dekat dalam washing machine tuh.Cuci lepas tuh sidai.
lepas tuh,boleh lah tidur balik kan..errr...bolehlah kot.Itu pun kalau lah mak korang kira baik hati lah nak bagi korang tidur balik kan..hehehe

bestnya kalau dapat guling-guling dekat sini

Walaupun hari nih cuaca sejuk je,tapi entah kenapa mood aku seolah-olah hilang pulak..mungkin faktor datang bulan barang kali..opppss!! hahaha..

hari ini tiada yang istimewa bagi aku..setiap hari bagiku hanya lah hari biasa dengan melakukan kerja-kerja biasa.Si dia sakit,dah sakit tentulah takda mood kan..takpe lah,tak kesah sebenarnya..Dah biasa..

emak cakap,

"bila nak pergi shopping barang-barang kau tuh?"

ahh..masanya makin hampir ke?ohh tidakk..pejam celik pejam celik,dah hampir ke 29 november 2010.Cis,bukan aku tidak suka,tapi,entah lah.Perasan ku berbagai.Hati aku mula-mula kata, "ish,bilalah nak sambung belajar nih?"

lepas tuh,hati aku berkata lain pulak,"ehh,rasa macam tak minat dengan automotif pulak"

lepas tuh hati aku cakap, "bestnya kalau dapat sambung belajar buat-buat kek kan"

ahh,tuh semua kata hati! apa yang dapat tuh,belajar jelah.Masa depan jurutera lebih bersinar-sinar kan..

Si dia cakap,

"entah,mana orang tahu.Kenapa pilih course tuh"

emak cakap,

"belajar jelah angah,bab-bab kek tuh kau boleh belajar nanti,buat part time ke nanti kan"

hmm,yelah..Hati aku berbelah bahagi..

andai ada kapak ni dekat depan mataku sekarang,akan ku kapak hatiku ini.perghhh..

Nota tampal : apa-apa pun, tanya pada hati,mungkin apa yang aku mahukan sekarang,aku tak kan dapat..
mana tahu,mungkin suatu hari ini,benda yang aku tidak minat inilah yang akan mengubah diri aku kelak..
So,terima sahaja lah wahai sayanggg.. ( pujuk diri sendiri sebenarnya )





No comments:

Post a Comment