Thursday, October 21, 2010

Boleh tak tolong jaga diri sendiri,jangan nak menyibuk hal orang pulak

wahai mia,bila kita boleh berjumpa..i adore u lah mia 

tolong bagitahu saya,tell me why,kenapa lah ramai sangat manusia sekarang suka jaga tepi kain orang lain?Masalahnya,orang yang jaga tepi kain orang lain nih,dah tak ada kerja lain ke?well,jaga lah kain korang tu sendiri okey?mak tak kuasa nak jaga tepi kain kau nih nyah!mak tak suka! ( apahal jadi pondan ni?).Aku ada baca dalam satu akhbar ni yang menyatakan "menjaga tepi kain orang" boleh diamalkan dalam konteks menangani jenayah.Ye,memanglah betul,tapi maksud aku,jangan lah sibuk nak tahu tentang hal rumah tangga orang lain.Jangan kepoh okey?

okey,lets start !

kita hidup dalam kelompok pelbagai bangsa.Janganlah suka mengkritik personaliti orang lain terutama kepada individu yang sempoi dan bersahaja.Tahulah kamu sahaja yang pandai bergaya,kamu jelah yang cantik,kamu jelah yang ada barang-barang mewah,kamulah yang berharta ,dan semua lah kamu sahaja.Nah amikk!

Hah,masa aku tengah duduk sambil goyang kaki,makan coklat,minum air ribena ( sedapnya ),tiba-tiba aku teringat pasal jiran lama aku dulu.Bukan jiran di sini,bukan di situ dan bukan mana-mana lah.Aku kan musafir,suka berpindah randah ( perasan ).Bila jiran renovate rumah,dia pun nak renovate rumah,bila jiran beli televisyen baru berapa puluh inci,dia pun sibuk nak datang rumah,kononnya nak beramah mesra lah,padahal nak tengok brand apa televisyen tu.Tup..tup..3 hari lepas tuh,sampai lah televisyen baru dekat rumah dia.Lagi besar pulak tu!Bila jiran beli kerusi baru,dia pun sibuk.Yang tak boleh tahan,bila jiran cat rumah warna tu,dia pulak cat rumah nak dekat sama dengan warna tuh.Semua nak sama.Senang cakap,tak nak kalah jugak lah.

bila emak nak bagi aku bela kucing macam ni

lepas tuh,ada seorang kawan ni pulak,( saya tak tahu ini kawan siapa ok ),sibuk nak tahu hal peribadi orang lain.Ada satu masa tu,ada orang clash dengan boyfriend/girlfriend, suami/isteri.Dia pula jadi orang pertama nak tahu segala benda.Ehh,kau kenapa dengan dia,aku tak percaya kau clash dengan dia,siapa yang salah,mesti kau yang salah kan,boyfriend/girlfriend kau tu ada orang lain kot,lah kenapa cerai,talak tiga pula tu,habis tu suami/isteri dengan siapa sekarang.Ok,stop!banyak sangat pertanyaan.Kalau korang lah yang diajukan soalan sebegini rupa,apa perasaan korang masa tuh jugak ye?

wahai lancer ku.Bilakah dikau bakal menjadi miliku?

Lepas tuh,isteri/girlfriend pakai barang berjenama sikit,mulalah orang sekeliling nak bercakap itu ini.Soalan yang lazim orang akan cakap ialah.Amboi,cantinya beg ni,siapa yang belikan,mesti kaya kan suami/boyfriend kau tu,beruntunglah badan dapat orang macam tuh,wah,pakai kereta baru lah,lancer gitu,suami kau kerja apa?mesti business besar kan suami kau tu ( ohh,please lah ).Wah,boyfriend kau belikan kau i PHONE 4 lah.Gila kaya BF kau tuh ye?hah,anak dato' mana,bila nak kenalkan ? ishh,tak kuasa nak layan

aku tidak mahu berangan untuk mendapatkanmu.Cukuplah aku setia hanya pada Nokia E71


nota tampal : tolonglah jangan sibuk nak tahu hal orang lain.Jaga seluar dalam sendiri-sendiri sudah lah..Tak payah nak jaga seluar dalam orang lain ok!!


No comments:

Post a Comment