Wednesday, November 3, 2010

mereka semua fikir aku doktor dekat HSA

Assalamualaikum semua..

ok,hari ni aku pergi buat medical checkup untuk kemasukkan ke politeknik port dickson pada 29 november 2010.Hari ni punya lah exited nak pergi sampai aku bangun pukul 5 pagi.Mak aku yang kerja pagi dekat HSA  pun belum bangun lagi.Biasalah bangun pagi mesti golek-golek dekat katil tuh kan..sayang tinggalkan bantal busuk aku tuh..Hahaha..dah besar pun masih ada bantal busuk! Ok,jangan gelak.Ala,korang pun ada jugak kan bantal busuk.Betapa busuknya biarlah aku sahaja yang tahu..Hahaha..

pukul 6.30 pagi aku bertolak ke HSA.Biasalah,abah yang hantar aku ngan mak pergi HSA.sampai je dekat sana,aku pelik kenapalah semua orang tengok aku.Pakaian aku pada hari ini agak sopan ye.Ber blouse bunga-bunga kecil,bertudung,berseluar jeans dan heels.Aku tengok mak aku nak cakap ngan aku pun sampai  terpaksa dongakkan kepalanya..Hahaha..aku ni sebenarnya tak lah tinggi mana..160cm je..berat?opps,sorry tak boleh nak bagitahu...yang penting ringan..( ringan ke? Hahaha )


doktor bidan


sebenarnya,mak aku seorang sister di HSA..kalau tak tahu,tanya lah mana-mana hospital ok.mak aku sister di wad bersalin.Ok,kalau sesiapa nak terberanak ke nak beranak ke..Kalau nak mak aku sambut,datanglah HSA..hahaha..sampai je dekat HSA,aku ikut jelah mak aku round tengok pesakitnya..aku dah mula nak muntah da pening kepala tengok darah dan sebagainya.Lepas tuh,mak aku suruh staff nurse ambil darah aku.Ok,memandangkan aku montel dan comel ( ok,cukup perasan kan ) ,staff nurse ni ambil lah darah aku..macam takut-takut je ambil darah aku..mak aku tak garang lah..hahahha...mula-mula ambil darah dekat tangan kiri..memandangkan aku terlampau rajin kat rumah tanpa sebarang senaman,urat tangan aku tidak kelihatan.lepas tuh ambil darah dekat tangan kanan..ok,aku mengaku tangan kanan aku lagi kuat dari tangan kiri..lepas tuh dia cucuk lah ..Aku tak berani nak tengok!takut pengsan.

lepas darah aku di ambil,dapat lah dalam 2 bekas,mak aku terkejut,apehal ambil darah banyak sangat ni?aku terus pengsan ! ( ceh,tipu je..mana ada pengsan ).Sementara menunggu emak ,aku duduk jelah tengok orang buat kerja..OMG,baby tuh sangat comel.Terdetik dalam hati nak jadi doktor bidan,tapi apakan daya,aku tak boleh..tak boleh nak tengok darah.Masa tengah duduk tuh,semua staff nurse,doktor tunduk hormat and senyum dekat aku..aku mula pelik..lepas tuh,mak aku panggil suruh turun bawah,nak pi buat medical checkup.

ada seorang staff nurse cakap,

"ekh sister,doktor daripada mana ni?"

emak aku balas,

"lah,ni anak sister  lah"

Ok! aku sudah terperasan yang aku doktor masa tuh..Hahaha 


patutlah semua orang tengok aku pelik je..senyum-senyum segala..


"ok,adakah muka aku macam seorang doktor bidan?"


1 comment:

  1. Hahaha.
    Menarik whooo ! tape.
    simpan cite2 jdi doktor bidan. HEHE :DD

    ReplyDelete