Monday, December 6, 2010

dugaan ingin bergelar seorang mahasiswa..

assalamualaikum semua..aku rasa sudah agak lama aku tidak meyajikan cerita baru di dalam blog aku ini..ingin aku maklumkan bahawa,masa aku sekarang amatlah terhad..tidak berpeluang untuk meng updated blog ini...masa aku banyak dihabiskan dengan ke kuliah dan aktiviti sampingan bersama-sama dengan rakan-rakan ku daripada JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL (JKM).

aku mula bertolak dari Johor Bahru pada hari ahad,28 November 2010...barang-barang yang aku bawa untuk ke poli memang lah banyak..sampai tak muat nak isi dalam kereta..pada hari ahad itu,sepatutnya aku menuju ke rumah maklong aku di Tampin sebelum berangkat ke Port Dickson pada hari yang berikutnya..tat kala aku rasa gembira nak sambung belajar,semangat yang berkobar-kobar itu ada pada ketika itu..maklum sahaja lah,sudah lama rasanya aku tidak merasa nikmat belajar ini..

macam mana,kereta yang abah pandu tiba-tiba bergegar sebelum berhenti di tengah-tengah highway..perasaan akau pada masa itu allah sahaja lah yang tahu..lepas tuh abah belok ke kiri jalan..kereta-kereta yang lalu pada ketika itu laju sangat...rupa-rupanya,timing belt putus..dah banyak kali abah cuba untuk hidupkan enjin..tapi,keadaan kereta masih tetap sama..

ya allah,dengan keadaan yang panas,dengan bahang enjin lagi,dengan keadaan trailer yang laju,lori dan kereta yang laju,kami sekeluarga hanya mampu bersabar sahaja...mujur sahaja terdapat cone di tepi jalan..kami susun cone tersebut supaya tiada lori atau trailer yang langgar kereta kami pada ketika itu..adik aku berlari untuk meminta bantuan daripada PLUS..malangnya,tiada jawapan yang kami terima daripada pihak PLUS..

kereta kami rosak berhampiran dengan simpang ke Yong Peng..tak lama selepas itu,ada sebuah kereta wira memberhentikan keretanya berhampiran dengan kami..rupa-rupanya dia adalah seorang mekanik di Yong Peng..dia mencadangkan kereta kami ditunda ke bengkelnya..mahu atau tak,terpaksalah kami turutkan sahaja ..sampai sahaja kereta kami dibengkel,seorang mekanik mulakan operasi untuk mengesan kerosakkan pada kereta kami..charge untuk tunda kereta tak sampai 1 KM,kami digesa bayar sebanyak RM100...pada mulanya dia meminta kami untuk membayar RM150..atas sebab kesian dan faham akan keadaan kami,dia hanya mengenakan bayaran sebanyak RM100....Di bengkel,seorang mekanik segera mengesan kerosakkan pada kereta..bila enjin di angkat,kesemua enjin,piston,timing belt,dan semua lah rosak..mula-mula bayaran yang dikenakan hanyalah RM2900..tetapi setelah melihat kesemua rosak dah enjin terpaksa diangkat,total keseluruhan mencecah hampir RM4,500..

pada masa tuh rasa macam nak pengsan,aku segera menghubungi abang harry untuk meminta jasa dan baiknya untuk ambil kami di Yong Peng..nasib baik lah dia dapat ambil kami dekat Yong Peng,padahal dari Tampin tuh..

rupa-rupanya timing belt putus,lepas tuh daripada 4 piston,1 je yang boleh guna..yang lain hhancur dan tersekat..lepas tuh enjin habis..ya allah...teruk sangat keadaan kereta itu...padahal kereta baru..mungkin faktor kereta tuh jarang digunakan barangkali..ok emak abah,mulai sem depan,kereta tuh bagi angah pakai ok :)

kedaan di poli baik..ramai kawan baru..best sangat..perempuan yang ambil mekanikal hanya 3 orang sahaja..terpaksa bersaing dengan lelaki..

ok,mari aku tunjukkan kehidupan aku di poli :)

minggu terakhir MSK

nih kawan sebilik aku ok :)

budak-budak nih selalu ketuk pintu bilik aku kuat-kuat..
nasib baik aku tak ada heart attack ok :)

innocent

makan time :)

baru lepas mendengar taklimat kamsis

:)
katil permaisuri ok :)

meja study :)
itu surat pindah poli & tukar course :)

bersama emak tersayang ..
location ; SEREMBAN :)

No comments:

Post a Comment